LUTFI SYAFIQ

Tuesday, February 21, 2012

Malaysia nak keluarkan Smartphone April ni!

Salam...
Wah... Tak sabar aku nak tunggu smartphone keluaran Malaysia yang katanya akan dipasarkan April nanti...
Boleh lah kot buang Blackberry yang skang ni pastu pakai Smartphones tu nanti...

Cute jugak kan???
Aku nak grab lah 1...
Untuk maklumat lanjut, korang baca artikal kat bawah...


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, mensasarkan segmen pasaran mampu milik.
Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammed M. Daud berkata, syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi “DMD Android Smartphone Communicator”, yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.
“DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.
Mohammed berkata, telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.
"Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan,” katanya.
Menurutnya, DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.
"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Februari,” katanya.
Mohammed berkata, telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.
Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. — BERNAMA

P/S: tak sabar ni! ada sapa2 nak buat contest then kasi hadiah smartphones ni tak? ehem2.... HEHEH

5 comments:

Hafiz Hafizol said...

ko nak buang BB ?? tak payah la.. kasi kat aku nie.. Hahahahaha :P

hawiz said...

wahh....cntik gak..tp xnkbeli..dah ade hp da..

::FAIZ:: said...

Assalamualaikum. Nice. murah juga ya.

Hans Hanis said...

wah
baru aku tahu
cayalah Malaysia

Anonymous said...

fuiyoh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!