LUTFI SYAFIQ

Sunday, February 20, 2011

Ikan Puyu sebesar Betis?

semasa sedang makan di satu majlis kenduri, aku sempat dengar orang2 kampung membuka cerita masing2. aku tertarik dengan cerita sekumpulan pakcik2 di kenduri tersebut.
antara dialog mereka ialah seperti berikut:

pakcik A: kemarin aku p mengai(memancing) ikan. dapat banyak ikan puyu. semua besaq2 betih(betis).
pakcik B: kat mana ang mengai tu? besaqnya ikan puyu sampai besaq betih. masak sekoq seminggu tak abeh makan tu.
pakcik A: nuh..kat sungai kampung seberang nuh. memang puaih(puas) ati aih.
pakcik B: (seakan xmau kalah dengan cerita oleh pakcik A) minggu lepaih aku p tengok tandop. ada la sekoq lembu betina dok kt tepi sungai tu. paihtu, aku tengok sekali lagi lembu tu takdak dah. nampak tali ja lepaih masuk dalam sungai. tengok rupanya ikan makan lembu tu. ikan tangkap makan.
pakcik C: amboih! ikan makan lembu? lepaih tu macam mana? awat tak tarik naik balik lembu tu?
pakcik B: macam mana aku nak tarik, lembu tu pun aku tak larat nak angkat sorang2, ni pulak nak kena angkat lembu yang dok dalam perut ikan tu. lagi la berat.
pakcik A: sungguh jugak noh!
*semua mereka ketawa...

Hmm.. ada ka ikan puyu sebesar betis? ada jugak ka ikan yang boleh menelan lembu? bingung aku...
pandai jugak pakcik2 ni bercerita yang agak dongeng aku kira. hahah






2 comments:

kamalgambargrafi said...

penipu besaq yg tang ikan mkn lembu tuh..haha

Chef Kampung said...

besala..depa masing2 xmau kalah..cerita mau hebat ja..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!