LUTFI SYAFIQ

Monday, February 7, 2011

Apa yang saya tahu tentang BUNIAN? (18SG)

Bunian? mesti semua orang pernah dengar tentang "perkara" tersebut kan?
Kali ni aku tersentuh untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan aku mengenai bunian ini berdasarkan cerita-cerita yang pernah sampai ke telinga aku.
Apa itu bunian?
Sebenarnya bunian ni sama seperti manusia jugak. Mereka hidup bermasyarakat, berkeluarga, bertani, dan melakukan aktiviti-aktiviti yang persis manusia biasa.
Tapi yang membezakannya adalah dikatakan orang Bunian ini berpakaian sama warna iaitu daripada baju sehingga seluar mesti satu warna sahaja. Contoh kalau warna putih, mesti daripada atas hingga ke bawah warna putih. Macam tu lah kot.
Dikatakan, bunian wujud disebabkan pernikahan antara manusia dan jin. Bunian tidak mempunyai jasad seperti manusia biasa kerana mereka terdiri daripada unsur api dan angin dan menyebabkan mereka tidak berjasad. Ada juga yang mengatakan bunian ni sebenarnya adalah manusia yang alim dan soleh tetapi mereka telah terlalai dan melakukan kekilafan. Oleh itu, mereka memohon kepada Allah untuk untuk dighaibkan daripada manusia akibat malu dengan kekilafan yang dilakukan mereka.
Hmm... macam terlalu formal pulak cara aku berceramah kali ni. HAhaha ceramah kerr?
Korang pernah dengar tak yang budak2 boleh nampak perkara yg ghaib??
sebenarnya dikatakan "benda" tersebut menumpang pada jasad kanak2 tersebut sehinggakan dapat melihat perkara2 itu. So... actually kanak2 tak boleh lihat perkara ghaib sebenarnya melainkan ada "yang menumpang" pada badannya... Grrr takut pulak aku. (jam menunjukkan pukul 1.03AM)
ni la jadinya apabila aku tak boleh tidur. rasa teringat pasal benda2 ghaib pulak... (SHARE NGAN KORANG ni OK jugak KANNN??)

ok ni mengikut cerita yang diceritakan oleh cikgu saya iaitu Cikgu Maznim.
beliau guru tingkatan saya masa form 3.
beliau cerita mcm ni...
"masa dia tinggal di rumah di pahang kalau tak silap la, anak dia masih kecik lagi time tu. katanya, anak dia ada sorang kawan. Hambali nama "kawan" anaknya itu. hanya anaknya saja yang dapat melihat dan berkomunikasi dengan "kawan baiknya" itu. pernah satu hari tu kan, cikgu saya kata kan, bola anaknya jatuh dari tingkat atas rumahnya ke bawah, pastu tiba2 dalam beberapa saat saja bola itu berada di atas semula tanpa siapa2 yang ambil. hmmm, HAMBALI yang pergi ambik kot kan??? wallahualam...

cerita kedua diceritakan oleh sepupu dan mak lang saya sendiri..
ketika tinggal di rumah kuarters di pahang, rumah mereka terpaksa dibahagi dua. hmm macam mana tu??? mcm ni... dapur mereka perlu dibahagi dua. ruang tamu pun sama. maksudnya mereka tidak boleh menggunakan semua bahagian rumah mereka kerana mereka berkongsi dengan bunian. sepupu saya yang kecik tu selalu bercakap seorang. apabila ditanya, dia cakap tengah main2 dengan "kawan".
mak lang aku plak pernah bermalam di rumah kuarters tu. pada paginya dia cakap ada "tangan" datang tolong kejut dia bangun subuh... tangan saja tau... badan tak dapat dikenalpasti... grrrr  meremang seketika aku di hening pagi yang dingin ini...

Sekian buat kali ini...
tak tahan meremang bulu roma dah ni.
tidoq dulu naaa...
Wasalam...

p/s : cerita berdasarkan cerita orang. kalau mereka menipu, aku pun menipu... apa2 pun sama2 kita jadikan ikhtibar... selalulah berdoa kepadaNya agar kita dijauhkan daripada segala kejahatan... Amin...

=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!