LUTFI SYAFIQ

Monday, April 9, 2012

Outing bersama Geng Lomorangers!

Salam. Hai semua! Hmm, sebenarnya pasal outing ni kan dah lama aku outing dengan budak-budak kamera film lomo ni. Aku pun secara tak sengaja terouting dengan budak-budak ni. Sebab ada sorang classmate aku tu la yang ajak. Aku tak pandai main lomo. So, aku bawak jak DSLR aku. Kiranya aku ja la yang pakai DSLR time tu. Rasa segan pulak. Kehkehkeh!

Best weh! Aku meet budak-budak ni dekat Dataran Merdeka. Then, kami jelajah pusing KL jalan kaki. Serious penat sampai rasa nak pengsan dan panggil ambulans (ok tipu) tapi aku gagahkan jugak. Dari Dataran Merdeka kami jalan kaki sampai Menara KL. Pastu jalan lagi sampai last destination kat Pavillion. Gila ahh! Siap panjat-panjat bukit lagi masa nak pergi Menara KL tu. Penat tapi seronok!

Sini ada sikit gambar-gambar masa hari tu. Aku godek-godek pastu terjumpa tu yang dijadikan bahan untuk up entry ni. Kahkahkah! Sorry kawan-kawan lomo kalau gambar aku kurng smart compare dengan gambar-gambar lomo korang. Aku kurang minat main lomo ni sebab kos dia mahaiiiiii. Tak mampu lahh! Haha.

 Masa ni masih di area dataran. Aku pun malu-malu nak tegur puak-puak lomo ni. Nampak semua macam nerd dan ada gak yang ala-ala hotstuff. Kahkahkah.
 Ni masa kami lepak kat salah sebuah gerai kat dataran. 1st aku dengan member aku ja yang lepak situ. Tengok-tengok lepas tu semua geng-geng lomo tu berlari-lari (ok tipu lagi) serbu aku kat gerai tersebut. Di situ baru aku dapat rasa yang diorang semua ni sangat friendly.
 Oh si montel! Ini Afifi Ayark. Classmate aku. Dulu-dulu masa baru masuk kolej, dia ni slim baq ang! La ni dah gajah. Ops, jangan marah Apipi montel naa. Gurau ja. Haha.
 Ni depa dok bergambar ramai-ramai. Aku segan nak masuk sekali. Sebab masih malu-malu. Haha.
 Masa ni tengah daki bukit. Bukit Nanas ka apa tah menuju ke Menara KL. Terbaik arh! Time senja macam ni kami mendaki bukit. Nasib baik takdak yang kena sampok pocong.
 Ni dah sampai menara. Semua keletihan mendaki bukit. Kesian sangat. Haha. Tapi ok la kan, tak daki bukit, tak sampai la ke puncak. Dan tak berjaya! Dan pic yang last skali ni masa di area Bukit Bintang. Dah keletihan dah tu. Berjalan jauh kot. Sambil jalan sambil SNAP! Terbaik lah weiii!

 
Ni ada video masa kami lepak. Haha. Aku Excited pegang kamera lomo.

#rasa macam nak beli kamera lomo jer banyak-banyak wat koleksi! Haha

12 comments:

Alysha Syahirah ( Nami ) said...

seronoknyew... huhu .. jeles ~

sis92 said...

huhu mesti rasa pelik gila dslr nk join lomo hihi :D
takpelah , belajar sama2 bidang yg sama jugak kan ,fotografi :D

shadhira said...

untunglaaa ada kamera mahal.. classmate dhira ada 3 org pkai dslr.. hihi.. tipu ja..

daya jamal said...

rokok tak baik untuk kesihatan . ;)

LUTFI SYAFIQ said...

alysha: nnt kita join ramai2 lg nak?

sis: btol3x! hehehe. best tau

shadira: hehee. apa mi tipu2... xbaik! hehehe

daya: btol tu! im not smoking. haha

JejakaIdamanMalaya said...

Jangan Malu Jangan Segan dik.. Teruskan berkarya :)

Rtp Farra Arisha said...

would love to have lomo too hiks. but anyway, effect photos from lomo memang superb. can't deny longer! :)

-SUPERGIRL- said...

sonoknyee tgk :)

dtg singgah dan follow skali :)

hafiz hafizol said...

xde pun gamba ko.. haha

falling angel said...

Bestnyeee.....ummm.. ;) be happy 4 u my fwenn!!

Mimi Suke Cupcakee said...

nk tnye..acane pic lomo leh jd cantik ? mmg bile cuci cmtu ke?

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

mmg cantik kan gambaq kalau pakai benda lomo lomo ni kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!