LUTFI SYAFIQ

Saturday, May 28, 2011

Cerita PANASSS di Hatyai

Panas! Panas! Panasss!
Nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas ayah aku ajak pi Hatyai. Hatyai? Tau dak? Kat Thailand la... Haha. Apa yang panas ni? Haa, ni yang aku nak cerita ni... Aku cerita berdasarkan gambar-gambar kat bawah ok!
Saksikannn!
gambar kat atas ni dalam bilik hotel. Hatyai Holiday Hotel. Area pasar. Murah tapi jauh sikit dari pekan Hatyai. Not bad la, janji selesa.
yang kat atas ni pulak aku laa. adoih! lupa rotate! hahah sory naa. kesian aku kan? tak dak orang nak tolong amik gambar aku, terpaksa la pose depan cermin. boleh? haha
gambar kat atas ni la Hotel yang aku duduk. ada perkhidmatan massage seluruh badan dan karaoke di level 2. hehehe cubalah!
benda merah kat atas tu orang panggil tut tut. macam teksi la. belambak-lambak kat Hatyai. tension aku tengok!
buah mangga kat atas tu sekilo 15 baht. bersamaan dengan RM1.50 laa duit Malaysia. murah kan?
ni dekat sekitar pasar Hatyai lah... ramai sungguh orang menjual... macam nak lempang jer sekor2 sebab ramai sangat. hahah (statement nak kena maki)
kat atas ni pulak ayah aku tengah memilih buah. buah mangga ok! haha. mentang2 murah, semua nak sapu. pastu tak larat nak angkat... 
ikan kering... macam2 pilihan... mana depa dapat pun taktau. haha
dah puas dah shopping buah2 kat pasar. hahah, menuju ke kereta. nampak tak barang2 yang depa pegang? aku yang dok pegang kamera ni lagi bawak banyak barang daripada depa... pengsan~
penuh jugak bonet kereta. tu belum shopping benda lain lagi tuh. adoilaa.
Hatyai Holiday Hotel.
ni la kedai beg yang aku beli beg untuk letak kamera aku. murah kottt!
Klong Hae Floating Market. Ni dekat tepi Wat Siam. Dekat Klong Hae laa. Dekat jugak la dengan Pekan Hatyai... Dalam 15 minit macam tu... Time ni takdak orang lagi... depa mula berniaga jam 3 petang sampai malam.. aku sampai sana pukul 1 petang.. apa pun takdak!
tengok tu.. kretif sungguh orang Siam,... buluh2 dengan bekas2 tembikar tu dijadikan bekas untuk letak air. pastu depa jual laa sebekas tu RM2. lepas kita beli, tembikar dengan buluh2 tu kita boleh amik bawak balik... tak payah nak bagi balik... Makanan pun murah. semua RM2 jaa.. paling mahai pun RM3.50... kalau korang ada RM10 pun dah konfem kenyang macam nak anaroxia. tak pun bulemia terus. 
dato' dan datin kat atas ni mak and ayah aku laa. depa ja laa jadi model. aku?? huhu apa pun takdak!
shopping kasut pulak... adoi...tak rotate lagi... bantai ja laa~
ni time nak balik.. singgah Danok.. jumpa Pak Ku... makan2 dulu...
juadah makan malam. Pak Ku masak dari umah... aku tolong makan. sedap.. haha
gambar kat atas tu jam besar kat Danok... tak boleh nak zoom sangat. kamera aku kan tak sehebat kamera yang orang dok zoom gambar bola kat padang bola tu kan.. hmm.. kena beli zoom lens baru ni! (bajet kaya ja..)
lepak2 sebentar sebelum balik rumah... Pak Ku and family dia bermalam di Danok. untung laaa~ hahahah.

*motif? saja ingin berkongsi cerita. haha. ada jugak modal nak update entry kan? daripada kosong saja wat apa? apa pun tak boleh! haha
**cerita panas?? takde pun kan?? hahaha biasa laa. nama pun blog... kena la pandai buat tajuk yang gempak! haha
***apa2 pun, thanks ok sebab sudi menjengah! (ade kerr yang menjengah.. yakin jerr aku ni.. hehe)

Ni dah masuk berapa kali dah aku pi Hatyai. tapi sebelum ni takdak kamera.. kesian kan?
Yang paling best kat Thailand adalah Makanan yang sedap!!! Tak rugi beb!

Teringin nak pi Bangkok pulak nanti. jom!

Sekian :)





4 comments:

syazwiena khan said...

u jugak xda pon gambaq nya!

LUTFI SYAFIQ said...

xdak org nk tlg amik.. mak ngn ayh xreti nak guna kamera i.. ahah

Fakhrul said...

perghhhh! tak berani aku nk pergi thai skg ni..

LUTFI SYAFIQ said...

thai ok je. sesetengah tmpt jer yg ade bom bom. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!