LUTFI SYAFIQ

Sunday, May 22, 2011

SEGMEN | AKU DAN ALAT MUZIKKU

Ok.. Sedang aku berblogwalking, aku tersinggah secara sengaja ke blog Pak Cek Biola kita ni... Tengok2 dia ada buat 1 segmen. MENARIK! Aku suka! Suka! Cheq suka!!! (lebih-lebih la pulak aku ni kan?) Haha.

Lepas tengok ja segmen yang dianjurkan tu, aku terus TERUJA! W0w! Best! Tapi... Aku masih sempat berfikir untuk beberapa saat... Alat muzik apakah yang aku ada??? Hmm, Harmonika?? Ada... Tapi dah tak tahu ke mana menghilang... Decorder? (decorder ker recorder ke ape ek?? Haha lupa dah...) Ada jugak benda tu... Beli masa sekolah rendah dulu-dulu... Tapi... Tah ler ke mana 'dia' bersembunyi... Akhirnya! Aku baru teringat yang aku ada GUITAR!!! Haha, gitar koman ja.. Kapok biasa ja.. Aku beli 2 tahun lepas... RM90 kot... Time tu memang aku bersemangat nak belajar main gitar. Sebab, terpengaruh dengan Youtube.com di mana ramai sangat orang2 mengupload lagu2 nyanyian mereka sendiri 'cover version' punya. Memang aku suka lah! Aku pun nak try jugak buat macam mereka!

Tapi...

Begini al-kisahnya... (cewwah, ala2 filem Nur Kasih pulak)

Semua yang join segmen ni semuanya yang berbakat besar dalam bermain alat muzik.
Aku?? Sekadar mempunyai sebuah gitar cabok yang retak menanti belah sahaja...
Tapi syarat untuk segmen ini, Pak Cek Biola kata dia tak kisah kan?? Janji ada alat muzik sendiri kan? Kan kan? Jadi, aku layak untuk sertainya!!!

Walaupun sudah 2 tahun lebih aku ada gitar sendiri, tapi sampai sekarang aku tak pandai bermainnya...
Gitar tersebut hanyalah sekdar di pinggiran...Di pegang ketika perlu, dibuang ketika tidak perlu... (berperibahasa pulak aku..)

Aku ada belajar dengan member aku, tapi memang aku tak berbakat.. Memang pelik sangat bunyinya bila aku mula memetik tali2 gitar tersebut. Kesian kau gitar... Aku tak dapat sedapkan bunyi kau walaupun kau sangat aku sayangi... (Boleh jiwang macam tu? Haha)

Sebelum terlupa...(sebenarnya memang dah hampir terlupa pun..) Aku beli gitar ni kat kedai muzik berhampiran Jitra Mall, Kedah... Ajak mak I pergi beli tauuu! Haa, kau ado? Haha

<--- ABAIKAN MUKA AKU YANG HENSEM ITU :P
Ok.. Ni aku sertakan gambar aku dengan gitar blacky aku berjenama KAPOK. Gambar kurang memuaskan kerana aku tak ada fotographer yang nak tolong snap kan gambar aku macam selalu... Tripod pun takdak sebab member pinjam.. Jadi tak boleh nak bergambar menggunakan Mr. D aku... Takkan nak snap gambar guna DSLR ala2 snap gambar pakai henfon kot? Haha tak mampu aku...

Jadi, akhir kata, AKU BERJAYA JUGAK AKHIRNYA MENERBITKAN ENTRY INI! DAN SECARA KHASNYA, AKU TELAH JOIN SEGMEN "AKU DAN ALAT MUZIKKU". Oyeahhh!!!

Kawan2ku sekalian! Pakat2 join weh!!! Aku pun taktau sapa yang ada alat muzik jadi aku tak berani nak tag sapa2... Huhu. Kalau yang berminat nak sertai, klik PAK CEK BiOLA!

Wasalam :)





4 comments:

Rozuan Ismail said...

tq join.wan akan masukkan blog ni dalam bloglist geng blogger muzik. nanti wan review k

LUTFI SYAFIQ said...

allright... thnks a lot.. hehe. :)

zacky ~786~ said...

hehee..~ chill la der.. :)

Rozuan Ismail said...

http://kringg.blogspot.com/2011/05/blog-review-segmen-aku-dan-alat-muzikku_23.html

blog anda direview

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!