LUTFI SYAFIQ

Tuesday, May 31, 2011

Masker tradisional untuk memutihkan serta melincinkan kulit wajah

Salam...
Entry aku sebelum ni pasal nak kasi kulit cantik jugak kan?
Tapi bukan cantik betol2... Sekadar edit sahaja...
Kali ni aku nak kongsi rahsia turun temurun untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.
Tak perlu menggunakan 'susuk'. Harammm tuhhh.
Aku ada satu resepi untuk dijadikan 'masker' pada wajah.

Bahan-bahan yang korang perlu ada ialah:
 1. Beras yang digoreng.
2. Kunyit kering. (boleh didapati di kedai-kedai India)
3. Susu segar. (kalau takdak guna susu tepung pun boleh)

Cara-cara nak hasilkan masker tersebut senang saja...
1. Tumbuk beras goreng dan kunyit kering tersebut sampai halus.
2. Bancuh dengan susu segar. (ala-ala bancuh bedak sejuk)

Cara pemakaian:
Korang sapu pada seluruh kulit wajah korang. Sapu kasi tebal sikit ala-ala masker...
Biarkan semalam. Bila korang bangun esok hari korang cuci bersih.
InsyaAllah kulit korang akan jadi halus dan cerah.

*kalau korang buat banyak-banyak, boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh pakai sebelum tidur pada tiap-tiap malam. Amalkan selalu. 

(Sekadar berkongsi petua, tak ramai yang tahu pasal ramuan rahsia ni...)

6 comments:

waN Mohd Salim said...

hehehe nak try la huhuhuhu

LUTFI SYAFIQ said...

sila2 cuba. kalau berhasil jgn lupa kongsi! hehehe

Rozuan Ismail said...

pergh.complicated nih.huhu.tapi mesti lagi best dari kat kedainya.natural =)

LUTFI SYAFIQ said...

rozuan: yeahh cubalah! hehehe

kak yu said...

Ni amek petua kak ka?hehe..blender ja..kunyit tu keras..ssh nk tumbuk..

LUTFI SYAFIQ said...

yaya. petua dlu2. tiba2 teringat. hhehe. nak cari kunyit india tu pun susah dh la ni.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!