Gambar sekadar hiasan.
Salam...Cerita hantu lagi???
Yaaa, best pulak share cerita-cerita hantu kat sini.
Saje je nak meremang sengsorang sambil menaip.
HAKHAKHAK
Hotel pun ada hantu ka??
Err, hantu di mana-mana ok...
Cerita yang aku nak cerita ni melibatkan kawan kepada mak aku...
Beberapa tahun lepas, office mak aku ada buat rombongan ke KL.
Sesaja nak habiskan duit pejabat la tu kan... HAHA
Sampai KL, diorang stay kat sebuah hotel yang agak terkenal lah kat KL...
Aku taknak laa mention nama hotel tu, kang tak pasal orang tak berani pergi menginap kat situ...
Cerita bermula apabila diorang nak tidur...
Bilik yang member mak aku dapat tu agak kelihatan usang.
Bukan buruk, tapi macam lama orang tak duduk...
Dalam bilik tu jugak ada diletakkan Al-Quran, sedangkan bilik-bilik yang lain takdak pun letak kitab suci tu...
Lepas kawan mak aku ni borak-borak dengan rakan sebilik, masing-masing mengantok...
Masa masing-masing nak tidur tu, tiba-tiba mereka dengar bunyi bising kat luar bilik macam ada orang bergaduh, tapi tak paham bahasa apa yang "benda" tu cakap.
Lepas tu, tak semena-mena bunyi pintu bilik mereka seperti dibuka dengan kuat dan ada lembaga seperti manusia melulu berlari masuk ke dalam bilik tersebut...
Lembaga tersebut kemudian melompat terjun melalui tingkap bilik dan terjun ke bawah.
Dalam keadaan panik tu, kawan-kawan mak aku ni pun terpinga-pinga laa.
Diorang pergi tengok kat tingkap, TINGKAP TERTUTUP RAPAT ok!
Jadi, lembaga seperti manusia tadi terjun macam mana dengan tingkap yang terkunci?
Pintu bilik diorang pun tertutup rapat! Tak bukak pun pintu bilik tu...
Yang paling meninggalkan kesan, katil yang diorang tidur bergerak berubah kedudukan sedikit disebabkan lembaga tadi melanggar katil tersebut semasa 'dia' melulu masuk sebelum melompat terjun ke bawah.
Hmm, seram tak? Boleh pulak macam tu kan?
Jadi, korang-korang yang nak stay kat hotel tu, baca la ayat Qursi sebelum masuk dan doa-doa pelindung diri yang lain ok...
Sesungguhnya iblis dan syaitan itu ada di mana-mana...
Wasalam...
4 comments:
waaaaaa.... takotttt..... ok tipu....
hotel mana habaq mai pleaseeee teringin nak try ! :]
waaaaa...takot la abam lut!..lalaalaa
seremm nieh~ haha
Post a Comment