Fuhh, letih...
Tadi pergi screening Bujang Terlajak dengan geng lepak blogger aku.
Lepas screening tersebut, berlangsungnya sidang media.
Sekarang ni, bukan aku nak review pasal filem yang bakal ditayangkan di pawagan pada 19hb Januari tu nanti, tapi aku nak cerita peristiwa aneh yang berlaku kepada kawan aku yang turut sama menghadiri screening tadi.
Tangan? Misteri? YA! Tangan!
Selepas tamat sidang media, aku dan kawan aku ni pergi ke toilet.
Perempuan tau kawan aku ni. Taknak la mention nama kat sini.
Lepas aku keluar daripada toilet lelaki, kawan aku ni mintak aku tolong pegang handbag pink beliau sekejap dan beliau terus masuk ke dalam toilet perempuan atau "Ladies".
Beliau suruh aku tunggu sebentar di luar toilet tapi aku terus pergi tunggu di hadapan sebab malas dok tercegat sengsorang kat situ.
Lepas tu, kawan aku tadi datang dengan muka macam baru lepas nampak hantu.
Aku pun buat-buat tak kisah la kan sebab aku tau yang beliau ni memang selalu nampak hantu.
Semasa perjalanan pulang meninggalkan pawagan, beliau bagitau aku yang semasa di dalam toilet, secara tiba-tiba ada suatu tangan yang agak panjang terjulur di bawah penghadang antara toilet tersebut dan jari jemarinya bergerak di atas lantai.
Tangan tersebut kebiru-biruan dan pucat.
Maksudnya, tangan itu daripada bilik tandas sebelah.
Yang tambah menghairankan, toilet sebelah tiada orang!
Memang toilet tersebut kosong!
Beliau pun terus meninggalkan toilet tersebut dengan jantung yang berdebar-debar.
Takut tak?
Seram aku masa dengar beliau cerita tu!
Apa-apa pun, keseraman aku hilang apabila dapat beramah mesra dengan awek cun di bawah!
Cik Fazura yang cun dengan boifren dia!
Review mengenai filem Bujang Terlajak yang bakal ditayangkan di pawagan pada
19hb Januari 2012
nanti akan menyusul...
Tunggu!
15 comments:
uwaaaa...uwaaa....sape org terrr???
shayam jgn upe uplod.... ai pon nak gak laaa wat entri....
seram jugak.. Aduh kenapa tak ko je jumpa hantu tu, aku tahu perasaan ko bila jumpa hantu (happy ke, feel lucky ke, relax je mcm jumpa member).
hahaha actually aku nak jumpa hantu tp aku tidak di ketemui lagi.
Ju ONN la tuu..
errrr
takutnya!
fazura cnteq!
wah!! untung la awak.. hahaha
oh mak oiii seram nye nak masuk tandas awam lepas ni huhuhu
wa... comelnye fazura aku.. lol
errr.. seram oke. -.-
Jemari Montel : you know right??? hahaha pergi tutup al hijab kamu tu...
X Boy : haha dah letih jumpa hantu? kau nak jumpa ker? hahaha
Chenal : Ju ONN malaysia maybe?? hahah akward!
Lelaki Ini : takut sgt kan? haha fazura mcm patung.
adeq aremen : untung ker? hahaha boleh la tahan untungnyerrr.
Madame Adza Irdawaty : hehe, jadikan suatu inspirasi utk tulis skrip terbaru! MAJULAH FILEM utk MALAYSIA!
HH : ambik lerr. haha
Eyda Syaheda : jgn seram2. nanti btol2 alami baru tahu. hahah
wahh..seram3./tp syok tu..ade kak pajura laaaa...errr..pakwe dier ke tu?..cam tak je..lalaala
errr sherammmm.... maybe sebab banyak kali tayang citer antu kat situ.. antunye terkeluar dari wayang kot. ahahha.. #oktakfunny
hawiz: hehe boipren dia la tu! err
yad'z: mungkinlah kot kan? byk setan. hahaha
yeke..ni yg takut nak g toilet time tgk wyg...seram..
by the way.. hensemlh bf baru fazura..hehehehe
atika ruslan : ajak mmber teman. heheh. hensem? tu la kan? hahahaha
i know laa that people tuh sbb oranye adalah ai sendirik... ok poine... huhuhu
Post a Comment