Korang lapar tak? Mesti lapar kan? Jom memasak nak? Haha. Hari tu aku balik kampung. Teringin sangat nak makan lasagna. Korang tau tak apa itu lasagna? Alaa, kalau nak tau, korang pergi Pizza Hut then order la lasagna ok? Pastu try makan, terbaik beb! Haha. Masa kat rumah, aku buat lasagna ni sendiri tau. Nak buat tu takde la susah sangat, tapi banyak bahan diperlukan dan kos agak tinggi jugak nak buat lasagna ni. Aku buat lasagna dengan sos tomato Prego. Sedap! Nak tau macam mana nak buat, tengok resepi kat bawah.
Lasagna yang telah aku siapkan. 1st time buat ni. Sorry sebab nampak aneh sikit. Tapi rasa dia, meletop beb!
Resepi untuk hidangan 6 orang!
- 300g daging cincang atau daging burger (aku pakai sepeket daging burger Ramly)
- 1 botol prego (aku guna yang tin warna hijau)
- 2-3 batang celery (aku tak guna)
- cendawan butang (sebanyak yang suka)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 1 biji lobak merah (dihiris halus)
- 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
- 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
- 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sekotak Instant Lasagna (aku guna jenama San Remo kalau tak silap)
- 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
- 2 sudu besar mentega
- 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
- 1 peket Cheddar cheese (125g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
- 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
- Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
- (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
- Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan
Cara-cara:
- Panaskan oven 180 darjah C
- Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
- Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
- Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
- Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
- Sediakan sauce pan, panaskan.
- Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
- Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
- Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
- Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
- Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
- Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
- Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
- Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
- Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato.
- Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye).
P/s: Resepi aku dapat daripada MyResepi.com
4 comments:
lapaqqqqq.. wuarghhhhh! i loveeeee lasagne
Yummy2 :)
jap g nak try laa . hhihii :)
terliuq!!!..
Post a Comment