LUTFI SYAFIQ

Tuesday, March 13, 2012

Klonghae Floating Market

Salam. Korang dah makan? Cewwah soalan sangat bebudak. Haha. Korang pernah dengar tak pasal Pasar Terapung Klonghae? Tak pernah? Haa, kalau tak pernah, mai sini aku nak cerita sikit pasal pasar terapung ni. Pasar terapung ni terletak di berdekatan Hatyai kat Thailand. Kalau kita nak ke Songkla, kita akan jumpa Kloghae terlebih dahulu. Apa yang menarik kat sini? Haaa, nak tau? Kat sini sangat terkenal dengan makanan yang enak-enak dan sangat murah yang dijual di atas perahu. Perahu ker sampan tah... lebih kurang lah kot. Haha. Sebelum tu, usha gambar kat bawah dulu ok?


Nampak tak pelbagai jenis makanan yang diorang jual? Haha. Sangat terbaik wehhh! Nak pergi? Jom, nanti kita pergi. Pakat-pakat mai berkumpul kat Kedah dulu ok? Aku dah pernah pergi, tapi sangat malang sebab tak tepat pada masanya. Time aku pergi tu pasar ni belum bukak. Kalau tak silap, ada sorang minah Thai ni cakap, pasar ni bukak bermula jam 3 petang. Aku pergi pukul 1, so, dapat tengok sampan-sampan kosong saja lah. Sedih tak? Sangattt sedih ok. Tengok gambar kat bawah ni. Masa aku pergi ni.


Gambar sampan kosong jer. Sedih. Yang kat atas ni, mak dan ayah aku. Korang nampak tak benda yang tergantung-gantung kat belakang tu? Tu bekas yang diorang guna untuk isi air yang kita beli. RM2 sahaja air tu. Dapat sekali bekas tu tau. Boleh bawak balik rumah. Kalau kita beli makanan pun, contohnya bihun sup, sekali mangkuk yang kita guna tu boleh angkut bawak balik rumah. Best kan? Haha.

Jadi, apa korang rasa? Nak pergi tak? Kalau nak, pujuk-pujuk la mak ayah korang ajak pergi Thailand. Best. Tak payah nak pergi sampai Bangkok, Hatyai pun sudah cukup. Terbaik sudahhh! Haha. Mungkin cuti semester ni aku nak pergi lagi. Tak puas hati pergi hari tu. Nak jugak pergi Bangkok! Err jap jap, Bangkok masih Banjir ka sudah tak banjir aa??? Hahaha.

Wasalam :)





5 comments:

laskar pelangi said...

macam best jerk:)

Chef Kampung said...

mmg bestttt

Unknown said...

ajak la saye....hahaha...bestnye

ch000tz said...

baru ajer balik dari hatyai tapi tak sempat nak catch up floating market sebab balik on friday noon and floating market on friday nite....>_<

Chef Kampung said...

rugi kan? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!