Nampak tak pelbagai jenis makanan yang diorang jual? Haha. Sangat terbaik wehhh! Nak pergi? Jom, nanti kita pergi. Pakat-pakat mai berkumpul kat Kedah dulu ok? Aku dah pernah pergi, tapi sangat malang sebab tak tepat pada masanya. Time aku pergi tu pasar ni belum bukak. Kalau tak silap, ada sorang minah Thai ni cakap, pasar ni bukak bermula jam 3 petang. Aku pergi pukul 1, so, dapat tengok sampan-sampan kosong saja lah. Sedih tak? Sangattt sedih ok. Tengok gambar kat bawah ni. Masa aku pergi ni.
Gambar sampan kosong jer. Sedih. Yang kat atas ni, mak dan ayah aku. Korang nampak tak benda yang tergantung-gantung kat belakang tu? Tu bekas yang diorang guna untuk isi air yang kita beli. RM2 sahaja air tu. Dapat sekali bekas tu tau. Boleh bawak balik rumah. Kalau kita beli makanan pun, contohnya bihun sup, sekali mangkuk yang kita guna tu boleh angkut bawak balik rumah. Best kan? Haha.
Jadi, apa korang rasa? Nak pergi tak? Kalau nak, pujuk-pujuk la mak ayah korang ajak pergi Thailand. Best. Tak payah nak pergi sampai Bangkok, Hatyai pun sudah cukup. Terbaik sudahhh! Haha. Mungkin cuti semester ni aku nak pergi lagi. Tak puas hati pergi hari tu. Nak jugak pergi Bangkok! Err jap jap, Bangkok masih Banjir ka sudah tak banjir aa??? Hahaha.
Wasalam :)
5 comments:
macam best jerk:)
mmg bestttt
ajak la saye....hahaha...bestnye
baru ajer balik dari hatyai tapi tak sempat nak catch up floating market sebab balik on friday noon and floating market on friday nite....>_<
rugi kan? hehe
Post a Comment